Tanggungjawab Anak kepada Ibubapa
Menghormati kepada ibu bapa amatlah dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta ia tinggi sekali. Ibu bapa adalah yang orang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.
Terdapat 10 tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa mereka. Bukan itu saja, tanggungjawab ini amat penting yang perlu anak-anak lakukan untuk kedua ibu bapa selagi ia masih ada. Malahan, jika mereka berbuat baik kepada ibu bapanya, ia akan membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak.
Antara tanggungjawab seseorang anak terhadap ibubapanya seperti berikut:
1. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan dan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dengan kedua ibubapa. Anda, jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
2. Sentiasa menghormati dan memberi kasih sayang kepada kedua ibubapa.
3. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan atau ajaran daripada ibubapa. Pertama sekali, Allah SWT perintahkan manusia beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa merekea.
4. Jangan sekali-kali anak menderhakakan kepada ibubapa, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Apabila derhaka, anda tidak akan mendapat keredhaan daripada ibubapa. Bukan itu saja, apabila derhaka kepada ibubapa, anda juga tidak mendapat keredhaan dari Allah SWT dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup ataupun mereka meninggal dunia dengan berdoa. Doa untuk kedua ibu bapa :
اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
“Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah keduanya
sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil”
7. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi oleh mereka.
8. Gembirakan hati ibubapa dengan menolongnya serta membuat kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika anak tinggal bersama dengan ibubapa) atau dengan memberikan apa jua bantuan mengikut keperluan.
9. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
10. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, rapatkan silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
11. Apabila mereka sudah lanjut usia (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya. Malahan itu anda juga perlu bersyukur kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
12. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah perbanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah. Bukan itu saja, anak juga perlu banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
No comments:
Post a Comment