Tuesday, August 14, 2018

Adab Kepada Ibu Bapa





1.         Maksud beradab kepada ibu bapa ialah bersopan santun kepada mereka dalam       percakapan, perbuatan dan tingkah laku.

2.         Setiap orang wajib menghormati dan taat kepada ibu bapa sebagai tanda     penghargaan atas segala jasa mereka.

3.         Anak yang menderhaka kepada ibu bapa akan mendapat akibat yang buruk dalam             hidup mereka.

4.         Akibat buruk menderhaka kepada ibu bapa:

(a)    dimurkai oleh Allah SWT;
(b)   mendapat kesusahan dalam hidup kerana jauh daripada rahmat Allah SWT;
(c)    hati dan perasaan sentiasa tidak tenteram;
(d)   dibenci dan disisih oleh masyarakat.

5.         Adab terhadap ibu bapa:

(a)    taat dan patuh pada perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak;
(b)   sentiasa menghormati dan memuliakan mereka;
(c)    mendoakan kebahgiaan ibu bapa dan mengasihinya;
(d)   membantu meringankan pekerjaan ibu bapa.

6.         Hikmat menghormati ibu bapa:

(a)    memperoleh keredaan, rahmat dan keampunan Allah SWT;
(b)   dihormati dan dikasihi oleh masyarakat;
(c)    mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat;
(d)   hati dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram.


Tajuk: 33 – Adab Bergaul Dengan Keluarga

1.         Keluarga ialah sanak saudara dan kaum kerabat termasuk ibu bapa, nenek, datuk,   adik-beradik, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya.

2.         Adab-adab bergaul dengan keluarga:

(a)    saling ziarah menziarahi;
(b)   bercakap dengan sopan ketika berkomunikasi;
(c)    saling berkerjasama dalam perkara kebaikan.

3.         Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga:

(a)    dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
(c)    merapatkan hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga.

4.         Amalan pergaulan yang salah dengan keluarga:

(a)    bercakap menggunakan perkataan yang kesat, memaki hamun, menghina dan sebagainya;
(b)   reda dengan perkara maksiat yang berlaku dalam keluarga;
(c)    memutuskan hubungan kekeluargaan seperti tidak bertegur sapa dan sebagainya.

5.         Akibat tidak menjaga adab bergaul dengan keluarga:

(a)    akibat terhadap diri:

·         jiwa menjadi resah;
·         tersisih daripada keluarga;
·         tiada keberkatan dalam hidup.

(b)   akibat terhadap keluarga:

·         maruah keluarga akan tercemar;
·         keluarga akan porak peranda;
·         tiada kerjasama dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment

MULAKAN DENGAN BISMILLAH