Monday, September 3, 2018

MULAKAN DENGAN BISMILLAH

September 03, 2018 0 Comments






ASSALAMMUALAIKUM....


APA KHABAR KEPADA SEMUA PEMBACA TERUTAMA ANAK-ANAK PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN....SEMOGA KITA SEMUA BERADA DALAM RAHMAT ILAHI



BLOG INI MENYEDIAKAN TUTORIAL PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN TINGKATAN 1

PENDIDIKAN ISLAM TERBAHAGI KEPADA 6 PEMBAHAGIAN ISI PEMBELAJARAN IAITU:
  • BIDANG AL-QURAN
  • BIDANG HADIS
  • BIDANG AKIDAH
  • BIDANG FEQAH
  • BIDANG SIRAH DAN TAMADUN ISLAM
  • BIDANG AKHLAK ISLAMIYAH




    MARI BELAJAR BERSAMA USTAZAH YA!!!

    Wednesday, August 15, 2018

    Doa Kepada kedua Ibu Bapa

    August 15, 2018 0 Comments






    Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.



    رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا


    Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

    Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

    August 15, 2018 0 Comments








































    Tanggungjawab Anak kepada Ibubapa


    kartun-keluarga-muslim-keluarga-bahagia-menurut-islam-credit-pict-soniazonewordpresscom
    Menghormati kepada ibu bapa amatlah dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat istimewa serta ia tinggi sekali. Ibu bapa adalah yang orang kedua perlu dihormati selepas yang Maha Pencipta.
    Terdapat 10 tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa mereka. Bukan itu saja, tanggungjawab ini amat penting yang perlu anak-anak lakukan untuk kedua ibu bapa selagi ia masih ada. Malahan, jika mereka berbuat baik kepada ibu bapanya, ia akan membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak.
    Antara tanggungjawab seseorang anak terhadap ibubapanya seperti berikut:
    1. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan dan menggunakan suara yang rendah ketika bertutur dengan kedua ibubapa. Anda, jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
    2. Sentiasa menghormati dan memberi kasih sayang kepada kedua ibubapa.
    3. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan atau ajaran daripada ibubapa. Pertama sekali, Allah SWT perintahkan manusia beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa merekea.
    4. Jangan sekali-kali anak menderhakakan kepada ibubapa, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Apabila derhaka, anda tidak akan mendapat keredhaan daripada ibubapa. Bukan itu saja, apabila derhaka kepada ibubapa, anda juga tidak mendapat keredhaan dari Allah SWT dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
    5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup ataupun mereka meninggal dunia dengan berdoa. Doa untuk kedua ibu bapa :

    اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
    “Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah keduanya
    sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil”
    7. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi oleh mereka.
    8. Gembirakan hati ibubapa dengan menolongnya serta membuat kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika anak tinggal bersama dengan ibubapa) atau dengan memberikan apa jua bantuan mengikut keperluan.
    9. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
    10. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, rapatkan  silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
    11. Apabila mereka sudah lanjut usia  (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya. Malahan itu anda juga perlu bersyukur kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
    12. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah perbanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah. Bukan itu saja, anak juga perlu banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.




    Tuesday, August 14, 2018

    Adab Kepada Ibu Bapa

    August 14, 2018 0 Comments




    1.         Maksud beradab kepada ibu bapa ialah bersopan santun kepada mereka dalam       percakapan, perbuatan dan tingkah laku.

    2.         Setiap orang wajib menghormati dan taat kepada ibu bapa sebagai tanda     penghargaan atas segala jasa mereka.

    3.         Anak yang menderhaka kepada ibu bapa akan mendapat akibat yang buruk dalam             hidup mereka.

    4.         Akibat buruk menderhaka kepada ibu bapa:

    (a)    dimurkai oleh Allah SWT;
    (b)   mendapat kesusahan dalam hidup kerana jauh daripada rahmat Allah SWT;
    (c)    hati dan perasaan sentiasa tidak tenteram;
    (d)   dibenci dan disisih oleh masyarakat.

    5.         Adab terhadap ibu bapa:

    (a)    taat dan patuh pada perintah mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak;
    (b)   sentiasa menghormati dan memuliakan mereka;
    (c)    mendoakan kebahgiaan ibu bapa dan mengasihinya;
    (d)   membantu meringankan pekerjaan ibu bapa.

    6.         Hikmat menghormati ibu bapa:

    (a)    memperoleh keredaan, rahmat dan keampunan Allah SWT;
    (b)   dihormati dan dikasihi oleh masyarakat;
    (c)    mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat;
    (d)   hati dan perasaan sentiasa tenang dan tenteram.


    Tajuk: 33 – Adab Bergaul Dengan Keluarga

    1.         Keluarga ialah sanak saudara dan kaum kerabat termasuk ibu bapa, nenek, datuk,   adik-beradik, bapa saudara, ibu saudara dan sebagainya.

    2.         Adab-adab bergaul dengan keluarga:

    (a)    saling ziarah menziarahi;
    (b)   bercakap dengan sopan ketika berkomunikasi;
    (c)    saling berkerjasama dalam perkara kebaikan.

    3.         Kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga:

    (a)    dikasihi dan dirahmati oleh Allah SWT;
    (b)   jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
    (c)    merapatkan hubungan dan kasih sayang antara ahli keluarga.

    4.         Amalan pergaulan yang salah dengan keluarga:

    (a)    bercakap menggunakan perkataan yang kesat, memaki hamun, menghina dan sebagainya;
    (b)   reda dengan perkara maksiat yang berlaku dalam keluarga;
    (c)    memutuskan hubungan kekeluargaan seperti tidak bertegur sapa dan sebagainya.

    5.         Akibat tidak menjaga adab bergaul dengan keluarga:

    (a)    akibat terhadap diri:

    ·         jiwa menjadi resah;
    ·         tersisih daripada keluarga;
    ·         tiada keberkatan dalam hidup.

    (b)   akibat terhadap keluarga:

    ·         maruah keluarga akan tercemar;
    ·         keluarga akan porak peranda;
    ·         tiada kerjasama dalam keluarga.

    Monday, August 13, 2018

    Latihan

    August 13, 2018 0 Comments


        LATIHAN PENGUKUHAN



        1. Nyatakan konsep keibubapaan menurut Islam.

        2. Senaraikan 3 sebab anak perlu berbakti kepada ibu 
            bapa.

            3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa.
                
                i. semasa mereka hidup
                ii. semasa telah meninggal dunia  

        4. Huraikan 2 akibat anak yang derhaka terhadap ibu          bapa.

        5. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih                sayang  kedua-dua ibu bapa.

    MULAKAN DENGAN BISMILLAH